APAKAH ITU CFD?

CFD adalah singkatan kepada Contract for Difference (singkatan bahasa Inggeris).

CFD adalah kontrak ringkas yang membolehkan anda untuk berdagang pelbagai instrument kewangan dengan beroperasi berdasarkan perbezaan nilai ke atas aset asas tertentu yang matang antara waktu bermula dan berakhirnya kontrak.

EKUITI CFD

Ekuiti CFD adalah ringkas dan cara yang efektif untuk pelaburan dwiarah (*) dalam pasaran saham. Ia bertindak-balas mengikut harga pasaran dan membolehkan pelabur melabur dalam pasaran saham menggunakan leverage.

Ia juga membolehkan pedagang dengan posisi panjang untuk menerima dividen berpecah daripada saham yang mana CFD terikat dengannya.

APAKAH MANFAAT BERDAGANG DENGAN CFD?

CFD membolehkan operasi dwiarah dalam pasaran, membolehkan pedagang melakukan posisi panjang dan pendek, mendapatkan keuntungan walaupun dalam keadaan pasaran yang sedang jatuh.

Berdagang CFD dengan leverage membolehkan pedagang melabur dengan lebih banyak modal berbanding dana yang mereka ada dalam akaun, sekali gus membolehkan mereka meningkatkan keputusan yang positif/negatif.

Berdagang dengan CFD bermakna bekerja atas kontrak perbezaan harga: mereka menjana keuntungan atau kerugian berdasarkan perbezaan antara harga belian dan harga jualan saham yang berkaitan, digandakan dengan jumlah CFD.

Notis Margin/leverage: atas sebab syarat kawalselia, leverage CFD ditetapkan pada 1:50. Pedagang boleh menukar tetapan leverage berdasarkan tahap pengalaman mereka yang ditentukan semasa proses pendaftaran.

Seperti produk derivative dan pelaburan yang lain, CFD dianggap produk yang berisiko dan rumit. Adalah disarankan hanya melabur jika anda biasa dengan perdagangan dengan produk pelaburan margin dan juga hanya labor modal yang anda sanggup rugi.

Untuk maklumat lanjut tentang risiko melibatkan pelaburan CFD, sila lihat Dokumen Maklumat CFD kami.

Contact us for support

+357 2 528 1634

Email Us