Kami kumpulkan semua soalan daripada pelanggan kami sejak permulaan kami untuk membantu pedagang daripada pelbagai peringkat kemahiran. Anda hanya perlu memilih kategori anda dan dapatkan jawapan yang anda perlukan.

FXGLOBE TRADING

FXGlobe adalah broker forex antarabangsa yang dikawalselia. Kami menawarkan perkhidmatan perdagangan mata wang, komoditi, saham dan indeks. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di sini.

Bagaimana untuk saya mula berdagang?
Kamu pada mulanya perlu mendaftar di laman web kami. Pendaftaran kami adalah ringkas. Bagaimanapun, jika kamu mengalami sebarang kesulitan, pasukan sokongan kami sentiasa ada untuk membantu anda. Selepas anda mendaftar, anda boleh memasukkan dana ke akaun anda dan mula berdagang.

Apakah pilihan yang ada untuk berdagang?
Dengan FXGlobe, anda boleh berdagang dalam pelbagai instrument kewangan seperti mata wang, saham, komoditi dan indeks. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai aset kami, klik di sini.

Apakah platform perdagangan yang kami sediakan?
Kami menawarkan salah satu platform perdagangan yang paling dipercayai, Meta trader 4, yang bukan sahaja boleh didapati untuk desktop anda, malah untuk pelayar web dan peranti mudah alih anda. Untuk muat turun mana-mana versi, klik di sini.
MT4 boleh digunakan untuk kedua-dua akaun, akaun demo dan akaun sebenar.

Saya tidak tahu bagaimana untuk berdagang – di mana saya boleh belajar mengenai forex?
Belajar forex adalah proses yang tidak mudah, kerana setiap pedagang adalah berbeza. Bagaimanapun, FXGlobe menawarkan pelbagai perisian pembelajaran forex yang akan membantu anda memulakan perjalanan anda sebagai pedagang, daripada video dan webinar sehinggalah kepada isyarat dan kursus latihan. Untuk mengetahui lebih lanjuk, Klik di sini.

Bagaimana untuk saya mengira peratusan tahap margin?
Formulanya adalah:
Tahap margin = (Ekuiti/Margin yang Digunakan) X 100

Adakah terdapat sebarang promosi perdagangan yang saya boleh guna?
FXGlobe menawarkan perlbagai promosi yang berbeza untuk pelanggan mereka, termasuklah untuk mereka yang mahu belajar forex, menggunakan isyarat perdagangan dan sebagainya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi kami, sila klik di sini.

Apakah itu leverage?
Leverage bermaksud menggunakan jumlah cagaran kecil untuk membuka transaksi yang besar – sebagai contoh leverage 100:1 membolehkan anda membuka transaksi bernilai $100,000 menggunakan cagaran $1,000 sahaja. Leverage anda akan menentukan potensi kerugian atau keuntungan anda. Berdagang menggunakan leverage boleh memaksimakan keuntungan tetapi juga kerugian.

Sebagai contoh: Dalam transaksi bernilai $100,000 menggunakan hanya $1,000 cagaran, pergerakan sebanyak 1% dalam pasaran boleh membawa keuntungan sebanyak 100% atau kerugian sebanyak 100%; leverage membuatkan pasaran forex berbahaya dan juga mengujakan.

Bila saya boleh berdagang?
Anda boleh berdagang sepanjang waktu berdagang antarabangsa, dari Ahad jam 23:00 GMT hingga Jumaat jam 22:00 GMT.

SOALAN BERKENAAN AKAUN
AKAUN DEMO
Adakah terdapat tarikh luput untuk akaun demo forex?
Jika akaun demo MT4 anda tidak aktif selama 30 hari, ia akan luput. Kami ingatkan anda untuk selalu menggunakan akaun anda.

Adakah akaun demo dikenakan sebarang ikatan?
Tidak. Objektif akaun demo adalah untuk menyediakan anda dengan alat berdagang untuk menguji pasaran forex secara umumnya, dan dengan menggunakan sistem perdagangan FXGlobe, tanpa sebarang risiko kepada anda. Kami menjemput anda membuka akaun demo anda sekarang.

AKAUN LIVE & SYARAT PERDAGANGAN
Apa yang perlu saya lakukan untuk membuka akaun live forex?
Untuk membuka akaun live, hanya daftar, hantar dokumen yang berkaitan dan masukkan dana ke akaun anda.

Apakah dokumen yang saya perlukan untuk membuka akaun?
Anda akan diminta untuk menghantar dokumen anda ketika proses pendaftaran:

– salinan passport/ID, temasuklah gambar bewarna anda menunjukkan: nama penuh, tarikh lahir, tarikh luput Passport/ID dan nombor passport/ID.
– bil utiliti menunjukkan nama penuh dan alamat anda.
– salinan kad kredit anda dengan hanya menunjukkan 4 digit terakhir, dengan jelas menunjukkan nama penuh dan tarikh luput kad.

Bolehkah anda beritahu apa yang akan berlaku kepada kadar tukaran mata wang tertentu?
Kadar penukaran mata wang berubah dengan kerap and ia sangat sukar untuk diramal. Analisis teknikal dan fundamental akan meningkatkan kebarangkalian untuk mendapatkan ramalan yang betul, namun tidak terdapat sebarang cara yang khusus dalam pasaran yang akan menjamin ramalan yang tepat untuk semua pergerakan mata wang.

Boleh saya buka beberapa akaun?
Ya, anda boleh membuka beberapa akaun.

Adakah terdapat caj pindahan wang atau yuran forex?
Tiada, kami tidak kenakan sebarang bayaran yang tidak perlu.

Apakah saiz minimum transaksi?
Saiz minimum transaksi adalah 1000 unit asas atau 0.01 lot.

Di mana saya boleh lihat penyata akaun?
Anda boleh dapatkan penyata anda sendiri dengan membuat permintaan melalui platform MT4. Lihat “Account History” tab di MT4 dan klik kanan untuk memilih tempoh laporan yang anda mahukan. Untuk menyimpan laporan atau menyimpan butiran laporan, klik kanan sekali lagi.

Apakah itu spread?
Spread adalah perbezaan antara harga belian dan harga jualan bagi setiap padanan mata wang.

PENDAFTARAN
Kenapa saya perlu berikan salinan ID saya dan dokumen lain?
FXGlobe adalah broker forex yang dikawalselia dan kami disyaratkan oleh undang-undang untuk mengesahkan identiti kesemua pedagang kami. Atas sebab ini kami meminta anda menghantar dokumen berkaitan kepada kami. Langkah ini adalah untuk melindungi kedua-dua pihak, pedagang dan syarikat kami.

Kenapa saya ditanya mengenai pengalaman berdagang ketika pendaftaran?
Secara umumnya, lebih banyak maklumat mengenai pengalaman berdagang anda, lebih banyak yang kami dapat bantu anda untuk berdagang dengan efektif. Terdapat pelbagai tahap pengalaman berdagang untuk setiap orang dan ia memerlukan alat dan sokongan berbeza mengikut tahap masing-masing.

Kenapa saya ditanya maklumat peribadi ketika pendaftaran?
Kami memerlukan butiran peribadi anda untuk mengesahkan identiti anda, seperti yang disyaratkan undang-undang.

Bagaimana untuk saya pastikan apa yang saya hantar itu diterima?
Dokumen tersebut dimuat naik ketika proses pendaftaran. Selepas itu, ia akan disemak oleh pasukan kami. Kami akan maklumkan kepada anda jika terdapat kekurangan dokumen. Selain itu, jika anda menyedari terdapat dokumen yang tertinggal untuk dihantar, anda boleh memuat naiknya kemudian.

Di mana saya boleh lihat semua maklumat yang saya hantar?
Anda boleh melihat semua dokumen yang dihantar di papan pemuka pedagang FXGlobe.

METATRADER 4
Bagaimana jika saya terlupa kata laluan saya?
Klik “Forgot Password” di laman masuk, di bahagian bawah ruang masuk. Kami akan menghantar emel kepada emel berdaftar anda bersama kata laluan anda.

Bolehkah saya akses akaun saya menggunakan komputer lain?
Sudah tentu boleh! Apa yang anda perlukan hanyalah maklumat masuk, tetapan sambungan yang betul dan tiada sekatan firewall atau ISP.

Bolehkah saya masuk ke dalam beberapa akaun dalam masa yang sama?
Secara umumnya boleh. Bagaimanapun anda perlu ingat, anda tidak boleh masuk ke beberapa akaun serentak melalui antara muka MT4, ia berkemungkinan boleh untuk membuka MT4 beberapa kali untuk masuk ke beberapa akaun.

Bagaimana saya boleh lihat sejarah perdagangan saya?
Anda boleh melihat sejarah perdagangan anda dengan mengakses tab “Account Histoy”, yang berada di “Terminal”.

Bagaimana jika saya mahu menukar zon waktu di MT4?
Malangnya, ini tidak boleh dilakukan. Zon waktu ditetapkan secara automatic kepada GMT+2 dan bertukar ke GMT+3 sewaktu US Daylight Saving Time. Ini untuk memastikan MT4 selari dengan waktu tutup sesi dagangan New York.

Saya sudah keluar daripada MT4 – Apa yang terjadi kepada dagangan saya?
Posisi terbuka anda akan kekal aktif. Semua posisi akan kekal terbuka sehingga mencapai tahap henti kerugian, ambil profit atau berhenti. Jika anda mempunyai pesanan padangan, ia akan dilaksanankan jika dan apabila kadar kemasukan padan.

Adakah terdapat Pakar Penasihat (EA) dalam MT4.
Malangnya, peraturan terkini tidak membenarkan penjualan algoritma perdagangan, jadi kami tidak dapat menawarkan EA buat masa kini.

Bagaimana untuk mula menggunakan platform itu?
Muat turun platform dengan klik pautan yang diberikan.

Adakah terdapat versi mudah alih?
Ya, anda boleh dapatkan versi mudah alih di sini.

DEPOSIT
Macamana untuk saya melakukan deposit?
Anda boleh membuat deposit ke akaun FXGlobe anda dengan kad kredit/debit, CashU, Neteller, pemindahan wang dan banyak lagi. Anda boleh melakukan deposit melalui papan pemuka FXGlobe.

Berapakah jumlah minimum untuk deposit?
Jumlah minimum untuk deposit adalah $250, dengan leverage sehingga 300:1.

Bagaimana jika saya ingin melakukan deposit menggunakan kad kredit pihak ketiga?
FXGlobe tidak membenarkan sebarang deposit daripada kad kredit pihak ketiga. Jika anda ingin membuat pengeluaran, ia akan dikreditkan ke kad yang digunakan sewaktu deposit. Akaun anda dan kad kredit mestilah mempunyai nama yang sama.

Adakah saya perlu membayar yuran deposit?
Tidak, tiada bayaran tambahan dikenakan.

PENGELUARAN
Bagaimana saya boleh melakukan pengeluaran?
Anda boleh melakukan pengeluaran dengan melengkapkan permintaan pengeluaran melalui papan pemuka FXGlobe. Anda boleh melakukan pengeluaran pada bila-bila masa sahaja.

Berapa lama masa diambil untuk proses pengeluaran wang?
FXGlobe patuh dengan semua peraturan berkaitan dan setiap pengeluaran akan diproses dalam masa 24 jam. Sila ambil perhatian yang pemindahan wang kepada anda mungkin memakan masa lebih lama mengikut cara pengeluaran anda.

Adakah anda kenakan bayaran untuk pengeluaran?
Tidak. Tiada sebaang bayaran tambahan untuk pengeluaran. Bagaimanapun, sebarang bayaran yang dikenakan oleh pihak bank anda untuk proses pemindahan adalah tanggungjawab anda.

Adakah terdapat cara lain untuk saya melakukan pengeluaran selain daripada cara yang sama sewaktu melakukan deposit?
Tidak, anda hanya boleh mengeluarkan wang anda melalui cara yang sama seperti anda melakukan deposit.

PERATURAN & LESEN
Di mana dana saya disimpan?
Semua dana pelanggan disimpan di dalam bank terbaik dalam akaun berasingan. Baca maklumat lanjut di sini.

Bagaimana dengan keselamatan maklumat peribadi saya?
Kami memastikan maklumat peribadi anda disimpan dengan selamat. Anda boleh kemaskini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa. Kami gunakan sistem keselamatan SSL untuk memastikan perlindungan penuh untuk maklumat peribadi anda.

Di manakah semua dokumen undang-undang anda disimpan?
Anda boleh cari dokumen undang-undang kami pada laman undang-undang kami.

KERJASAMA
Bagaimana jika saya menjadi IB?
Walaupun tiada peraturan ketat, FXGlobe perlu mengambil beberapa langkah sebagai pertimbangan untuk memastikan keselesaan rakan kongsi dan semua pihak yang terlibat. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan menjadi IB, lawati lama Introducing Broker kami. Atau, anda boleh hubungi kami melalui emel kepada partners@fxglobe.international

Saya ada idea untuk bekerjasama – apa yang perlu saya lakukan?
Kami gembira untuk berbincang mengenai proposal anda. Sila hubungi kami melalui emel: marketing@fxglobe.international

Bolehkah saya membuat sambungan pautan ke FXGlobal daripada laman web saya sendiri?
Jika anda mahu menambah pautan ke FXGlobe daripada laman web anda, sila hubungi kami di marketing@fxglobe.international untuk semakan kami.

Contact us for support

+357 2 528 1634

Email Us